PENGGUNAAN EMEL PERIBADI BAGI PENDAFTARAN AKAUN
Adalah dinasihatkan agar pihak tuan/puan menggunakan emel peribadi (kecuali Hotmail/Outlook) semasa proses pendaftaran akaun baharu untuk mengelak sebarang kegagalan penerimaan emel pengaktifan dan emel pemakluman daripada sistem.
PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2022 (26 Ogos 2021)
Permohonan pembaharuan dalam Sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida akan dibuka pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Sila pastikan permohonan pembaharuan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuatnaik ke dalam permohonan pembaharuan untuk diproses.
Pesanan penting yang perlu diambil perhatian semasa membuat permohonan pembaharuan lesen/permit. Sila klik pautan di bawah:
https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/26-ogo-2021/pengumuman-penting-pembaharuan-lesen-permit-bawah-akta-racun-1952-tahun-2022.html
Sekian, terima kasih.
Support Team
Sistem My.Pharma-C
MAKLUMAN
Nombor KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 akan tamat/telah tamat pada 31 Disember 2019. Sila jalankan semakan kendiri dan pastikan iklan ubat yang telah tamat tempoh tiada dalam premis farmasi komuniti anda. Menyiarkan iklan ubat yang tamat tempoh boleh dianggap sebagai mengambil bahagian dalam penyiaran iklan tanpa kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat iaitu melanggar Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
PENGUMUMAN PENTING (07/09/2021)
Sistem akan kemaskini status bayaran dalam tempoh 24 jam. Jika status permohonan masih Draf selepas 24 jam, sila laporkan kepada pihak heldpesk bersama resit FPX bayaran. Pastikan bayaran hanya dibuat sekali sahaja.
Sekian, harap maklum.
TEMPOH PENGELUARAN LESEN/ PERMIT RACUN
Semua permohonan yang lengkap (termasuk laporan pemeriksaan memuaskan) akan diproses dan dinilai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Pemohon akan dimaklumkan mengenai status keputusan permohonan lesen melalui emel.