Sebarang masalah berhubung sistem My.Pharma-C, sila emelkan kepada support.pharmacy@moh.gov.my dengan menyatakan isu dan masalah yang lengkap.

PENGUMUMAN PENTING

Sistem akan kemaskini status bayaran dalam tempoh 24 jam. Jika status permohonan masih Draf selepas 24 jam, sila laporkan kepada pihak heldpesk bersama resit FPX bayaran. Pastikan bayaran hanya dibuat sekali sahaja.

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

TEMPOH PENGELUARAN LESEN/ PERMIT RACUN

Semua permohonan yang lengkap (termasuk laporan pemeriksaan memuaskan) akan diproses dan dinilai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Pemohon akan dimaklumkan mengenai status keputusan permohonan lesen melalui emel.

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING : STATUS PERMOHONAN LESEN/PERMIT YANG TIDAK LENGKAP 

i) Sila ambil perhatian bahawa semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap perlu diambil tindakan segera oleh pemohon dan dihantar semula.

ii) Semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap dan tiada maklum balas diterima daripada pemohon melebihi tempoh 60 hari akan ditolak. Bayaran fi bagi permohonan yang telah ditolak tidak akan dikembalikan.

iii) Permohonan yang telah ditolak perlu membuat permohonan semula dengan bayaran fi yang baru dan perlu memastikan permohonan adalah lengkap serta penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pemohon. 

Terima kasih.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING: 1/9/2022

PENJUALAN RACUN DALAM MAKANAN HAIWAN DI BAWAH AKTA RACUN 1952

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun dalam makanan haiwan iaitu untuk melarang penjualan empat belas (14) racun dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan, selaras dengan cadangan fasa pertama ‘phasing out antimicrobial’ oleh pihak DVS. Sila baca lanjut di pautan ini (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/01-sep-2022/pengumuman-penting-penjualan-racun-dalam-makanan-haiwan-bawah-akta-racun-1952.html).

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

PENGUMUMAN KEPADA AHLI FARMASI BERDAFTAR YANG MEMOHON LESEN JENIS A

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM telah menyediakan Soalan-Soalan Lazim (FAQ) berkaitan aktiviti pelesenan selaras dengan penguatkuasaan Akta Racun (Pindaan) 2022 di laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi di www.pharmacy.gov.my (Perkhidmatan > Perihal Perkhidmatan > Soalan Lazim > Pelesenan) untuk rujukan kepada ahli farmasi berlesen dan ahli farmasi berdaftar. Oleh itu, pihak tuan/ puan boleh merujuk kepada FAQ tersebut. 

Sekian, terima kasih.

__________________________________________________
Best viewed in Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution of 1024 x 768 and above.
System My.Pharma-C v1.0 Build 130317
Copyright 2016 © Ministry of Health Malaysia