Sebarang masalah berhubung sistem My.Pharma-C, sila emelkan kepada support.pharmacy@moh.gov.my dengan menyatakan isu dan masalah yang lengkap.

PENGUMUMAN PENTING

Sistem akan kemaskini status bayaran dalam tempoh 24 jam. Jika status permohonan masih Draf selepas 24 jam, sila laporkan kepada pihak heldpesk bersama resit FPX bayaran. Pastikan bayaran hanya dibuat sekali sahaja.

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

TEMPOH PENGELUARAN LESEN/ PERMIT RACUN

Semua permohonan yang lengkap (termasuk laporan pemeriksaan memuaskan) akan diproses dan dinilai dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Pemohon akan dimaklumkan mengenai status keputusan permohonan lesen melalui emel.

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING : STATUS PERMOHONAN LESEN/PERMIT YANG TIDAK LENGKAP 

i) Sila ambil perhatian bahawa semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap perlu diambil tindakan segera oleh pemohon dan dihantar semula.

ii) Semua permohonan lesen/permit yang berstatus Tidak Lengkap dan tiada maklum balas diterima daripada pemohon melebihi tempoh 60 hari akan ditolak. Bayaran fi bagi permohonan yang telah ditolak tidak akan dikembalikan.

iii) Permohonan yang telah ditolak perlu membuat permohonan semula dengan bayaran fi yang baru dan perlu memastikan permohonan adalah lengkap serta penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pemohon. 

Terima kasih.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING: 1/9/2022

PENJUALAN RACUN DALAM MAKANAN HAIWAN DI BAWAH AKTA RACUN 1952

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima saranan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkaitan racun dalam makanan haiwan iaitu untuk melarang penjualan empat belas (14) racun dalam makanan haiwan sebagai penggalak tumbesaran atau untuk tujuan pencegahan, selaras dengan cadangan fasa pertama ‘phasing out antimicrobial’ oleh pihak DVS. Sila baca lanjut di pautan ini (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/01-sep-2022/pengumuman-penting-penjualan-racun-dalam-makanan-haiwan-bawah-akta-racun-1952.html).

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING: PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 BAGI TAHUN 2023

Salam Tuan/Puan,

Permohonan pembaharuan dalam sistem My.Pharma-C bagi semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) akan dibuka pada 1 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022. Permohonan pembaharuan bagi lesen/permit berkuatkuasa 2023 hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan dan pemohon hendaklah memastikan permohonan adalah lengkap. Segala dokumen sokongan terkini dan sah mesti dimuat naik ke dalam sistem bagi melengkapkan permohonan.

Untuk keterangan lanjut permohonan pembaharuan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 menggunakan menu pembaharuan lesen dalam sistem My.Pharma-C, sila klik pautan ini (https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/30-sep-2022/pengumuman-penting-pembaharuan-lesen-permit-bawah-akta-racun-1952-tahun-2023.html)

Sekian, terima kasih. 

__________________________________________________
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
System My.Pharma-C v1.0 Build 130317
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Kesihatan Malaysia.