Sebarang masalah berhubung sistem My.Pharma-C, sila emelkan kepada support.pharmacy@moh.gov.my dengan menyatakan isu dan masalah yang lengkap.

MAKLUMAN

Nombor KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 akan tamat/telah tamat pada 31 Disember 2019. Sila jalankan semakan kendiri dan pastikan iklan ubat yang telah tamat tempoh tiada dalam premis farmasi komuniti anda. Menyiarkan iklan ubat yang tamat tempoh boleh dianggap sebagai mengambil bahagian dalam penyiaran iklan tanpa kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat iaitu melanggar Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

__________________________________________________

PEMBERITAHUAN : NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM MY.PHARMA-C

Sistem My.Pharma-C akan ditutup buat sementara waktu bermula jam 9.00 malam 10 Julai 2020 (Jumaat) sehingga 11 Julai 2020 (Sabtu) bagi kerja-kerja pemindahan server. Sistem tidak boleh diakses dalam tempoh tersebut. Sistem akan dijangka mula beroperasi semula pada 12 Julai 2020 (Ahad)

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________

PENGUMUMAN PENTING (15/06/20)

Modul pembayaran telah berfungsi seperti biasa. Sistem akan kemaskini status bayaran dalam tempoh 24 jam. Jika status permohonan masih Draf selepas 24 jam, sila laporkan kepada pihak heldpesk bersama resit FPX bayaran. 

Sekian, harap maklum.

__________________________________________________
Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768 ke atas.
System My.Pharma-C v1.0 Build 130317
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Kesihatan Malaysia.